Lampiran 2 Sejarah Nama Putrajaya Putrajaya ialah “Bandar dalam Taman”. Pada mulanya, kawasan bandar itu ialah kawasan ladang getah yang bernama Prang Besar.
Perkataan “putra” dipilih sempena nama Bapa Kemerdekaan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia menjadikan Putrajaya sebagai wilayah persekutuan pada tahun 1995.
Putrajaya dirancang dan didirikan untuk rakyat Malaysia. Kini, Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Malaysia.