PENGERTIAN RASM UTHMANI. Sebagaimana yang diketahui ramai, Mushaf al-Quran al-Karim yang diguna pakai pada zaman kini adalah mengikut kaedah penulisan yang ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan ayat-ayat alQuran al-Karim ini atau lebih dikenali dengan Rasm Uthmani telah diarahkan oleh beliau akibat berlakunya perselisihan bacaan di kalangan umat Islam yang begitu ketara. Jika dilihat dari sudut definisi Rasm Uthmani, Syeikh Abd al-Mun’im Kamil Syair telah menyebut di dalam kitab beliau Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani: “yang dimaksudkan dengan perkataan ini (Rasm Uthmani) ialah kaedah atau cara penulisan perkataanperkataan al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman ibn Affan r.a, dan dihantar ke negara-negara Islam. Maka dinamakan kaedah ini dengan Rasm Uthmani adalah sebagai sandaran kepada Uthman ibn Affan r.a atas perintah beliau untuk menulis semula ayat-ayat al-Quran”. Rasm Uthmani yang telah ‘diasaskan’ oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. merupakan satu kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang amat hebat dan tinggi nilainya. Keagungan Rasm Uthmani ini dapat dilihat menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qira’at yang pelbagai di dalam al-Quran al-Karim. Maka penulisan qira’at yang pelbagai ini perlu diseragamkan agar umat Islam khususnya pada zaman tersebut tidak terkeliru dengan kalam Allah S.W.T. dari segi bacaan mutawatirah dan syazzah. Justeru, pemeliharan Rasm Uthmani ini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qira’at demi melahirkan generasi celik al-Quran pada zaman akan datang. Benarlah kata Allah S.W.T: “Sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) benar-benar menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) jualah yang benar-benar menjaganya”. (SURAH AL-HIJR :9)
Selain itu maksud Rasm Uthmani juga boleh diketagerikan seperti ini, Rasm bermaksud satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagi memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah Uthman ketika proses penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. Penulisan Rasm ini dibuat berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh para ulama’ rasm (tulisan) daripada mashaf-mashaf yang telah dihantar oleh Khalifah Uthman r.a ke Kota Basrah, Khufah, Syam, Makkah dan Madinah termasuklah yang diperuntukkan khas bagi rujukan Khalifah di Kota Madinah.
Kaedah Penulisan Rasm Uthmani
1.Kaedah Meniadakan Huruf (Hazaf). Hazaf bermaksud membuang atau meniadakan huruf-huruf tertentu dalam struktur kalimah tertentu dari al-Quran. Terdapat lima huruf yang terlibat dalam kaedah ini iaitu huruf alif, wau, ya, lam dan nun yang terdapat pada kalimah tertentu. Hazaf juga berlaku kepada hurufhuruf alif, wau, dan ya pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu al-Quran. Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu: 1- Hazaf Isyarah- bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat tentu. 2- Hazaf Ikhtisor - bermaksud hazaf peringkasan seperti pengguran alif pada struktur kata jama’ Muzakkar Salim dan Jama’ Muannath Salim. 3- Hazaf Iktisor - bermaksud hazaf pembatasan yang bermaksud hazaf alif pada kalimahkalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah lain.
2. Kaedah Menambah Huruf ( ) الزيادة Ziadah merupakan satu perkara penting yang perlu diketahui dalam penulisan dan pembacaan Rasm Uthmani. Ziadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu dalam al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan ketika membacanya. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif , wau, dan ya.
3. Kaedah Menulis Huruf Hamzah ( ) الهمزه Dalam Mushaf Rasm Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukannya iaitu apabila kedudukan hamzah wasal atau hamzah qat’ di awal kalimah atau didahului huruf ziadah, pertengahan kalimah, hujung kalimah, tempat-tempat hukum khas.
4. Kaedah Mengganti Huruf ( ) الدبدال Ibdal ialah menukar sesuatu huruf kepada huruf yang lain . Dalam penulisan Mushaf Rasm Uthmani, “ al-Badl” merupakan perkara penting yang perlu diketahui dan diberi perhatian kerana huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali, sebaliknya yang dibaca adalah huruf asal yang digantikan itu. Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm Uthmani, huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu: (a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw. (b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya’. (c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif. (d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah( )ةkepada huruf Ta’ al-Maftuhah()ت. (e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif.
5. KaedahMenulis Perkataan Berangkai dan Berpisah ( ) الوصل والفصل Kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu. Di dalam Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah sama yang ditulis dengan cara bersambung pada suatu tempat tetapi ditulis dengan cara terpisah di suatu tempat yang lain.
6. Kaedah Ma Fih Qira’atan (Kalimah yang mempunyai dua wajah bacaan) Kaedah penulisan kalimah yang tergolong dalam kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: 1. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis bertepatan dengan cara bacaan kedua-duanya 2. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berpandukan salah satu dari keduanya (wajah yang lebih masyhur) 3. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berbeza-beza antara mushaf berpandukan kepada cara bacaannya masing-masing