Kata Aluan
SALUTASI
Bismillah Hirrahmanirrahim.... Alhamdulillahhirabbilalamin... Rabbissrahlisadriwayassirliamri Wahlull Uq Dattan Millisani Yaf Khahul Kaulih... MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA PEMANIS KATA SELAMAT DATANG AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA YANG BERUSAHA
****YANG DIHORMATI**** PENCERAMAH JEMPUTAN YANG DIDATANGKAN KHAS PADA HARI INI PN. ______________________________
UCAPAN ALUAN MC
YANG DIKASIHI PENYELARAS KURSUS, PENSYARAH- PENSYARAH SETERUSNYA, PARA PELAJAR KVSR SEKALIAN Assalamualaikum w.b.t... Selamat sejahtera Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ilahi , kerana dengan limpah dan izinnya, dapat kita berkumpul pada pagi ini. Pihak urusetia bengkel mengucapkan, terima kasih dan mengalualukan, kehadiran pelajar-pelajar ke “BENGKEL MAHIR MENULIS KARANGAN” HADIRIN SEKALIAN
DOA
Bagi menambah keberkatan bengkel kita pada pagi ini, marilah kita mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh wakil pelajar majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. --------------------doa---------------Amin amin ya rabibil alamin. Majlis merakam ucapan terima kasih kepada wakil pelajar atas bacaan doa sebentar tadi. SLOT
PARA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN. Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput penceramah undangan En ………………... untuk meneruskan agenda utama kita pada hari ini. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Bengkel berhenti seketika untuk memberi peluang berehat sebentar. Para pelajar diingatkan supaya berada di Dewan Inovasi tepat jam 11.00 pagi bagi meneruskan bengkel. Kerjasama anda amat kami hargai
PENUTUP
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan penceramah kita encik/cikgu.........................., di atas perkongsian ilmu yang amat bermakna buat peserta bengkel semuanya pada petang ini. Majlis juga ingin menjemput (pn/tuan)______________________ (jawatan)________________untuk mengiringi .............. naik ke atas pentas bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita pada petang ini. Dijemput encik/cikgu khairul nizam untuk menerima cenderahati daripada pihak kolej. TERIMA KASIH TUAN/ PUAN.***lepas bagi cenderahati***** PARA HADIRIN SEKALIAN, Dengan penyampaian cenderahati sebentar tadi maka bengkel mahir menulis karangan kepada penghujungnya. Saya mewakili pihak jawatankuasa merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta bengkel dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan penganjuran bengkel berjalan dengan jayanya pada hari ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan bengkel pada hari ini. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangya dari allah s.w.t. jua dan yang kekurangan itu adalah kelemahan saya sendiri.