KERJA KURSUS SENI VISUAL STPM 2016 KERTAS 3 AISAH BINTI ARIF 970328135142 SS1201/1063
Tajuk Sebuah syarikat korporat yang menggunakan maskot harimau akan menganjurkan pertandingan seni catan yang bertemakan Ekspresi Pak Belang sempena dengan sambutan ulang tahun ke-53.Karya yang dihasilkan hendaklah menggambarkan keunggulan syarikat korporat tersebut. Pengkaji dikehendaki membuat kajian dengan memberikan fokus kepada analisis berdasarkan tema tersebut dan menghasilkan sebuah catan dua dimensi (2D) untuk pertandingan itu. Pengkaji bebas memilih media yangbersesuaian. Karya hendaklah berukuran 24 inci x 36 inci (61 cm x 91 m)
Pernyataan permasalahan kajian
Ekpresi Pak Belang Dalam konteks ini, masalah yang timbul ialah: Kepentingan lambang harimau dalam reputasi dan identiti korporat.Hal ini kerana, harimau merupakan subjek utama untuk menghasilkan karya tersebut serta untuk menonjolkan identiti sebuah syarikat . Harimau juga seperti yang kita ketahui digunakan oleh sesebuah syarikat dalam pengurusan komunikasi dan menarik minat masyarakat.
Penentuan tema,konsep,subjek dan kandungan
Tema Kajian : Dalam kajian ini saya akan menganalisis gigi taring untuk karya saya yang akan datang. Tajuk saya ialah “Berbisa Dan Kuat”. Konsep Kajian Disini saya akan memberi fokus ekspresi harimau yang berani dan tangkas terutama dalam menggunakan taringnya. Gigi taring dijadikan sarana kewibawaan seseorang. Karya ini adalah catan 2D iaitu 2 dimensi.
Subjek Kajian Saya mencadangkan kajian saya dengan memfokuskan taring harimau sebagai subjek kajian,dimana taring harimau berbisa apabila menggigit mangsa.Malah kekuatan pada gigi taring apabila menggigit mangsanya. Pemilihan subjek sokongan seperti belang harimau bersama dengan taringnya. Kandungan Kajian Kandungan secara amnya, dapat membantu memberi maksud tersendiri iaitu ekspresi Pak Belang kepada masyarakat.Malah, karya yang bakal saya hasilkan memmpunyai makna yang tersirat dan tersurat. Maksud tersurat adalah kekuatan dan kebisaan gigi taring pak belang.Manakala maksud tersirat ialah kekuatan sesebuah organisasi syarikat yang kuat kerana bekerjasama.
Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan
ASPEK FORMAL Antara unsur seni yang akan digunakan dalam karya adalah: Garisan : Garisan halus,garisan beralun dan garisan melengkung. Jalinan : Jalinan tampak Warna : Warna komplimentari Media & bahan : cat akrilik, berus , palet, kanvas, bingkai kayu dan sebagainya
GAYA PENGHASILAN Saya mencadangkan gaya penampilan separa abstrak dalam karya saya yang akan datang. Gaya penampilan separa abstrak merupakan gambaran imej yang sebenar yang diubahsuai atau dimujaradkan. Aliran yang dicadangkan adalah aliran impresionisme iaitu sebuah aliran yang berusaha menampilkan kesankesan pencahayaan yang kuat, dengan penekanan pada tampilan warna dan bukan bentuk. Namun kalangan akademisi ada yang justru menampilkan kesan garis yang kuat dalam impresionisme ini. Contoh aliran ini ada pada tokoh lukisan Claude Monet, "Sunrise"
PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN
Terdapat beberapa kepentingan dalam penghasilan projek :
Penghasilan karya ini akan membantu menambahkan karya yang berkaitan dengan ekspresi pak belang . Karya ini dihasilkan untuk dipamerkan kepada khalayak untuk ditunjukkan agar dapat memberi kesedaran bahawa betapa pentingnya ekspresi Pak Belang untuk keunggulan syarikat biarpun harimau tersebut garang namun berani tangkas dan cekap serta amat sesuai dijadikan contoh.
KEASLIAN Keaslian karya yang saya cadangkan adalah berilhamkan idea daripada karya-karya yang berbentuk kekuatan dan keberanian yang berkisarkan kepada keunggulan sebuah syarikat. Oleh itu,saya memilih taring pak belang agar masyarakat bahawa betapa pentingnya harimau dalam sesebuah syarikat terutamanya dalam dunia perniagaan.
SUMBER DAN RUJUKAN Wikipedia Harimau 20 Jun 2016 Kamus Am Dewan dan Pustaka Norazmi Bin Hussien, (2014) Teks STPM Seni Visual PRA-U Penggal 1 Shireen Naziree Reviral,Evoking
Sekian Terima Kasih