SENARAI TUGAS JURURAWAT TERLATIH (U29) 1. Menerima dan membuat laporan yang tepat dan teliti kepada setiap pesakit. 2. Melibatkan diri semasa rondaan dengan Pengawai Perubatan atau Pakar dan memberi maklumat penting atau tertentu mengenai hasil ujian makmal, reaksi ubatan atau sebagainya. 3. Membaut pemerhatian vital dan melaporkan segera kepada Pegawai Perubatan jika keadaan tidak normal. 4. Melaksanakan setiap arahan daripada Pegawai Perubatan dengan cermat dan berkesan. 5. Mengambil, mengumpulkan dan mencatit keputusan ujian makmal mengikut ketetapan dengan teliti dan perlu melaporkan dengan segera kepada doktor hasil ujian abnormal. 6. Menjalankan jagaan dan rawatan bagi setiap pesakit mengikut keperluan mereka seperti membalut luka , memberi ubatan dan suntikan. 7. Memberi rawatan kecemasan kepada kes-kes tenat sebelum ketibaan Pegawai Perubatan seperti memasang intarvena infusion dan sebagainya. 8. Menjalankan persediaan jagaan dan rawatan bagi setiap pesakit sebelum dan selepas prosedur khas seperti OGDS 9. Bertanggungjawap untuk memesan , menerima dan mencatit bekalan ubatan termasuk ubatan merbahaya dan disimpan dengan teratur dan rapi 10. Mengawasi dan menentukan alat – alat kelengkapan perubatan bersih dan sedia untuk digunakan pada bila- bila masa 11. Menjalankan tugas- tugas berkaitan dengan kemasukkan , petukaran wad , urusan kematian , keluar wad dan seterusnya mmemberitahu tarikh temujanji kepada pesakit yang keluar wad 12. Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit berkaitan proses penyakit. 13. Memberi perhatian kepada masalahyang dikemukakan dan jika perlu rujukan kepada ketua jururawat . 14. Memesan makanan pesakit mengikut diagnosa. 15. Memastikan setiap pesakit selesa di wad. 16. Membuat serahan semua laporan keunit tertentukan. 17. Membantukan Pegawai Perubatan menjalankan tatacara untuk pesakit. 18. Membuat iventori peralatan kelengkapan perubatan dan bukan perubatan 19. Menjalankan tugas – tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan 20. Mengantikan Ketua Jururawat semasa ketiadaan beliau di wad 21. Memberi tunjuk ajar kepada jururawat pelatih dan jururawat masyarakat pelatih yang menjalani latihan a,mali 22. Memasang dan melakukan ECG kepada pesakit 23. Menghadiri seminar, kursus dan mesyuarat kearah meningkatkan ilmu pengetahuan