Perbezaan antara jenis dan kegunaan program utiliti Antaranya ialah: 1. Perlindungan virus, 2. Pemampatan data dan 3. Pengurus fail. Maksud Program Utiliti: - Merupakan perisian sokongan yang membantu kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi. - Terdapat dua jenis iaitu: o disepadukan dengan sistem pengendali o dipasang secara berasingan - Contoh perisian utiliti yang biasa digunakan ialah: o Disk clean-up o Disk defragmenter o Perisian antivirus o Penjagaan cakera keras o Sistem sandaran (back-up) o Utiliti arkib (archiever) o Utiliti pemampatan (compression) o Utiliti penyulitan (encryption) JENIS-JENIS DAN FUNGSI PERISIAN UTILITI Perlindungan Virus (Anti-virus) - Berfungsi mengimbas, menangkis dan melindungi data komputer dari serangan virus. - Bertindak dengan mengimbas cakera keras, ingatan kilat dan ingatan utama bagi mengesan serta menghapuskan virus tersebut. - Perisian ini perlu sentiasa dikemaskini (up-to-date) bagi memastikan fail tandatangan virus (virus signature) sentiasa diperbaharui dengan jenis-jenis ancaman virus terkini. - Pengguna perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mengimbas setiap fail yang dipindah turun dari internet.
- Contoh perisian seperti Norton, Avira, McAfee, Kaspersky dan Avast. Pemampatan Data (Data Compression)
Contoh-contoh perisian pemampatan fail
- Digunakan untuk memampat dan membuang mampat fail bagi o Menjimatkan ruang penyimpanan o Meningkatkan kelajuan penghantaran emel o Mengurangkan masa memuat turun fail - Antara fail-fail yang biasanya dimampatkan ialah fail dokumen, video, grafik ataupun audio. - Fail yang dimampatkan ini dipanggil fail termampat (zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar. - Fail termampat perlu dibuang mampat (unzipped) sebelum boleh digunakan. - Contoh perisian seperti WinZip, WinRAR dan PKZIP.
Pengurus Fail (Fail Management)
Contoh perisian pengurus fail iaitu Pc Man
- Digunakan untuk menguruskan fail pada cakera keras. Ia menyediakan fungsi untuk o Hapuskan (delete) o Salinan (copy) o Pindah (move) o Namakan (rename) - Ia juga memberikan kemudahan untuk pengisihan dan paparan pada direktori fail. - Contoh perisian ialah Windows Explorer, Root Explorer dan Power Desk.
Pengimbas cakera (Disk Scanner) dan Pembersih Cakera (Disk Clean-up) - Perisian Pengimbas Cakera berupaya mengesan dan membaiki masalah logic dan fizikal yang biasa terdapat pada cakera keras, cakera liut ataupun ingatan kilat.
Proses mengimbas dan ihkan cakera
- Contoh perisian ialah Norton Disk Doctor. - Perisian Pembersih Cakera boleh mencari fail-fail yang tidak perlu seperti fail sementara (temp files) daripada perisian pelayar internet yang menyimpan fail internet, cookies dan sejarah (history). - Contoh perisian ialah Windows Disk Clean-up dan XP Win Cleaner.