PENYAKIT BERJANGKIT YANG BERKAITAN DENGAN SEKS
PENGENALAN Penyakit berjangkit amat mudah merebak dalam sesuatu komuniti masyarakat. Malahan ia boleh merebak dengan cepat dari satu negara ke satu negara yang lain. Oleh itu, penyakit berjangkit perlu dikawal sepenuhnya mengikut cara ia merebak dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai. Penyakit jangkitan seks atau penyakit kelamin merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks. Penyakit ini boleh disebabkan virus, kuman ataupun kulat. Penyakit kelamin adalah sekumpulan penyakit yang dijangkiti dari seorang kepada seorang yang lain. Penyakit ini perlu dimaklumkan kepada masyarakat kerana ianya merupakan suatu penyakit yang boleh untuk dicegah. Kebanyakan penyakit ini boleh dirawat jika dapat dikesan awal oleh oleh para doktor. Penyakit jangkitan seks juga merupakan satu masalah sosial dan perubatan di seluruh dunia. Masih terdapat prasangka sosial terhadap orang yang menghidap penyakit jangkitan seks. Pada masa dahulu, ramai orang yang mendapat penyakit ini tidak mendapatkan rawatan disebabkan perasaan malu, tetapi sikap ini kian berubah kini. Walaupun pada masa sekarang terdapat banyak rawatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit jangkitan seks, kebanyakan penyakit jangkitan seks tidak dapat sembuh secara 100 %. Gejala penyakit kelamin akan kembali berulang dan pengidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan seberapa segera dan seberapa kerap yang perlu. Sekiranya pengidap penyakit kelamin tidak mendapatkan rawatan atau lewat mendapatkan rawatan kerana perasaan malu atau jahil, ia akan membawa kesan yang sangat buruk.
1
PENYAKIT SIFILIS Sifilis merupakan penyakit seks yang berbahaya. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria spiroseta yang dikenali sebagai Treponema pallidum. Bakteria ini berbentuk spiral, Negatif-Gram dengan panjang rata-rata 11 um (antara 6 hingga 20 um) dan berdiameter antara 0.09 hingga 0.18 um. Sifilis ditemui pada tahun1906 oleh Schaudin dan Hoffman. Pada tahun sama, Wasserman mencipta ujian darah untuk mengesan sifilis. Penyakit ini telah menyebabkan beribu-ribu kematian dan kesengsaraan sejak zaman dahulu.
Bakteria Treponema Pallidum yang membawa penyakit Sfilis
Penyakit ini biasanya merebak daripada seorang pesakit kepada orang lain yang sihat melalui hubungan seks terutamanya perhubungan seks yang tidak sihat atau sering bertukar-tukar pasangan serta melalui aktiviti seks oral. Selain itu, ia juga boleh disebarkan melalui kulit-kulit yang luka. Bagi seorang bayi, penyakit ini boleh berlaku dengan cara pindahan melalui ibu ke anak semasa dalam uterus.
CIR-CIRI DAN KESAN GEJALA SIFILIS Pada peringkat awal Sifilis, ada tanda-tanda yang boleh dilihat kepada pesakit penyakit ini. Pesakit biasanya mengalami ulser ataupun luka pada kemaluannya. Ia bermula dengan bintik kecil yang kemudiannya akan membesar dan akhirnya membentuk ulser. Salur kelenjar limfatik juga akan membesar tetapi tidak mendatangkan kesakitan. Ulser ini akan sembuh tanpa rawatan.
2
Selain itu, pengidap penyakit ini biasanya akan mengalami kesukaran untuk berjalan, kebas dan timbulnya bintil-bintil yang berwarna kemerah-merahan pada tubuh. Hal ini member laluan kepada penularan HIV. Penyakit Sifilis pada seorang bayi dan anak-anak boleh
menimbulkan
kelainan pada bentuk wajah, kelainan pada tulang, kelainan pada bentuk gigi, kelainan pada kulit bayi, kebutaan, ketulian dan boleh menyebabkan kematian semasa bayi dilahirkan.
Antara tanda-tanda yang boleh dilihat pada seseorang pengidap penyakit Sifilis :
Tanda-tanda pada tangan dan tapak tangan
Tanda-tanda pada bahagian belakang badan
3
PERINGKAT-PERINGKAT PENYAKIT SIFILIS Penyakit ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu : i.
Peringkat Pertama Tanda pertama Sifilis ialah luka terdedah yang dipanggil kanker pada tiga hingga empat minggu selepas jangkitan. Kanker biasanya berlaku berdekatan dengan tempat organism Spirokit (Spriochetes) memasuki tubuh badan. Kanker boleh wujud di genital, bibir, hujung jari, dubur atau mulut.
Ramai orang tidak tahu mereka mempunyai kanker kerana ia wujud sama ada 1 hingga 5 minggu. Pesakit pada peringkat ini boleh menjadi punca jangkitan kepada orang lain kerana kanker penuh dengan spirokit yang memasuki tubuh badan melalui liang. Pemindahan biasanya berlaku semasa persetubuhan tetapi pada peringkat ini ia boleh berlaku melalui sentuhan fizikal seperti ciuman dan sentuhan.
ii. Peringkat Kedua Pada peringkat ini, Organisme akan memasuki sistem peredaran dan limfa tubuh badan. Ini berlaku antara 0 hingga 6 bulan selepas kehilangan kanker. Banyak simptom yang berlainan boleh berlaku pada peringkat ini kerana keseluruhan tubuh badan telah dijangkiti. Antara simptom yang yang wujud ialah ruam yang kebiasaannya di tapak tangan dan kaki dan luka seperti kanker tubuh badan. Selain itu, sendi juga bengkak dan menyakitkan, keguguran rambut dan selsema. Pada peringkat ini Sifilis hanya boleh merebak melalui sentuhan fizikal yang biasa seperti ciuman. Simptom pada peringkat ini akan hilang dengan sendirinya. Walaubagaimanapun penyakit ini masih sangat aktif.
iii.
Peringkat Ketiga
Pada peringkat ini tiada lagi simptom-simptom penyakit yang boleh dilihat. Peringkat ini akan kekal selama 3 hingga 20 tahun. Pada peringkat ini Spirokit mula memasuki organ dalaman seperti jantung dan otak. Kesannya, ia boleh menyebabkan penyakit lain seperti penyakit jantung, lumpuh, buta dan gila. Walaubagaimanapun, semasa peringkat ini penyakit ini tidak lagi boleh berjangkit.
4
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit Sifilis ialah : 1. Tidak melakukan hubungan seks bebas atau bertukar-tukar pasangan (hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan) 2. Memastikan pasangan menggunakan alat pelindung seperti sarung getah atau kondom semasa melakukan hubungan seks. 3. Kencing segera selepas bersetubuh 4. Membasuh organ dengan sabun dan air sebelum dan selepas bersetubuh 5. Tidak mengambil dadah atau alkohol kerana ia boleh menjejaskan pertimbangan seseorang. 6. Melakukan ujian kesihatan bagi penyakit seks secara berkala.
RAWATAN Seseorang pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segara di hospital kerajaan atau swasta. Doktor akan memeriksa pesakit itu dan jika ia pasti penyakit itu ada rawatan yang akan diberikan. Rawatan ini akan membunuh kuman-kuman berkenaan. adalah penting pemeriksaan kedua dilakukan untuk menentukan pesakit benar-benar sembuh. Semasa rawatan pesakit itu dinasihatkan supaya jangan bersetubuh bagi mengelakkan jangkitan.
Terdapat beberapa ujian darah untuk Sifilis tetapi tiada yang 100% tepat. Ada ujian yang boleh menentukan sama ada seseorang telah dijangkiti Sifilis tetapi tidak boleh menunjukkan sama ada pesakit itu telah sembuh dengan sempurna. Di antara prosedur untuk menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti Sifilis ialah : i.
Latar belakang pesakit diambil untuk menentukan kemungkinan jangkitan Sifilis
ii.
Pesakit diperiksa untuk simptom yang menonjol.
iii.
Ujian darah dan ujian makmal terhadap lelehan luka dibuat untuk menentukan kehadiran spirokit
iv.
Ujian yang lain seperti pemeriksaan cecair tulang belakang mungkin diperlukan bagi kes peringkat akhir atau baru.
5
RUMUSAN / PENUTUP
Penyakit Sifilis merupakan satu penyakit berjangkit yang sangat merbahaya. Sesiapa yang mempunyai gejala-gejala yang menjurus kepada penyakit ini
hendaklah
dengan segera mendapatkan rawatan doctor. Jangan sekali-kali merawat penyakit ini secara sendiri. Rawatan yang salah akan melindungi gejalanya. Pesakit mungkin berfikir ianya sudah sembuh sedangkan sebenarnya tidak.
Apa yang paling penting amalan cara hidup yang sihat adalah langkah terbaik daan paling berkesan bagi mencegah dan mengelakkan penyakit ini daripada menjangkiti kita.
Semua keluarga mestilah bersungguh-sungguh
mengamalkan
budaya hidup yang sihat bagi membina sebuah Negara yang terdiri daripada keluarga yang sihat dan sejahtera.
6