Kaitkan dengan FPK xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan; xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber; xxi. menggunakan sistem xxii. bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan xxiii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
1.4 Objektif KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut, insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Objektif KSSR ialah ingin melahirkan yang bertanggungjawab iaitu warganegara yang boleh berperanan di arena global. Selain itu, objektif KSSR iaitu ingin melahirkan pekerja berilmu. Objektif KSSR ini saling berkait dengan unsur dalam FPK iaitu ingin melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, serta memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.