Lukisan Litar Lukisan ini menunjukkan keseluruhan fungsi sesebuah litar. Semua sambungan, bahagian dan komponen akan dilukis secara bersimbol. Simbolsimbol ini akan disusun atur agar litar itu mudah dilihat dan mudah difahami tanpa menekankan faktor fizikal bagi sambungan sebenarnya. Litar ini merupakan litar yang paling kerap digunakan dan menjadi asas untuk menerangkan atau memahami kendalian sesuatu litar elektronik. Lukisan ini juga digunakan dalam mereka-bentuk sesuatu litar disamping menjadi petua untuk mengingati keseluruhan sambungan litar. Rajah 2 menunjukkan contoh lukisan litar bagi siren elektronik.
Rajah :Lukisan litar siren elektronik Lukisan Skematik Lukisan ini sama seperti lukisan litar tetapi, ianya ditambah dengan peneranganpenerangan seperti `power rating’, penyambungan tambahan dan lain-lain lagi. Kadang-kadangan ianya mempunyai maklumat-maklumat pengujian. Litar ini kebiasannya digunakan untuk tujuan pengujian atau baikpulih (maintenance/servicing). Rajah 4 menunjukkan litar skematik bagi sistem television.
Rajah: Lukisan skematik perakam kaset audio Penggunaan Simbol-simbol Elektronik. Di dalam sesuatu litar elektronik mempunyai berbagai-bagai jenis dan bentuk komponen. Oleh yang demikian, penggunaan simbol-simbol akan memudahkan untuk mereka-cipta dan memahami operasi sesuatu litar. Rajah 5 dan 6 menunjukkan contoh penggunaan simbol-simbol elektronik untuk menukarkan bentuk lukisan pemasangan kepada lukisan litar bagi satu penyambungan litar elektronik.
Rajah : Lukisan elektronik ringkas