Laporan pengawetan kering serangga
Serangga merupakan sejenis kumpulan haiwan yang unik. Kecantikan dan keunikan pada badannya menyebabkan kita mengawetnya untuk dijadikan bahan hiasan. Selain daripada dijadikan sebagai bahan hiasan pengawetan juga banyak digunakan dalam penyelidikan, proses pengajaran, bahan rujukan dan sebagainya. Oleh kerana pengawetan merupakan satu proses yang mudah penggunaan bahan pengawetan telah diperbanyakkan lagi. Ada juga sesetengah orang menjadikan pengawetan serangga sebagai kerja masa lapang mereka. Pengawetan hanya memerlukan tiga hingga empat langkah untuk diikuti. Satu proses pengawetan hanya memerlukan sehari untuk disiapkan. Bahan yang digunakan untuk membuat pengawetan juga mudah diperolehi dengan harga yang murah. Antara langkah yang harus diikuti untuk membuat pengawetan ialah seperti berikut ;
Langkah 1 Perkara yang harus dilakukan pada mulanya ialah mengumpul serangga untuk diawet. Pengumpulan serangga memerlukan beberapa teknik supaya serangga yang dipilh dan ditangkap tidak rosak ataupun mengalami sebarang kecederaan. Serangga harus dipilih mengikut tujuan pengawetan. Ada yang memerlukan serangga kecil ataupun serangga yang mempunyai sayap. Terdapat beberapa alatan yang digunakan untuk menangkap serangga. Antaranya ialah jarring serangga, beg plastik, botol specimen, forcep dan sebagainya.
Langkah 2 Perkara seterusnya ialah mematikan serangga. Ia boleh dilakukan dengan dua cara iaitu a) mengikat serangga di dalam beg plastic dengan ketat untuk sehari dan b) meletakkan serangga dalam bekas yang mengandungi chloform. Ini akan membuat serangga mati di dalam bekas. Langkah keselamatan
harus
diambilkira
mengandungi ‘’chloroform’.
apabila
menggunakan
bekas
yang
Langkah 3 Serangga yang dimatikan haruslah dikering bawah cahaya matahari. Pengeringan ini akan memastikan specimen yang dibuat itu akan tahan lama. Proses ini juga akan melambatkan proses jangkitan kuman. Proses ini juga boleh dijalankan dengan meletakkan specimen serangga di dalam ‘oven’. Tetapi kemudahan ini tidak disediakan di semua sekolah dan tempat.
Langkah 4 Seterusnya proses pengepinan serangga dijalankan. Ia harus dijalankan dengan betul supaya tidak mencederakan serangga tersebut. Tubuh- tubuh serangga harus dipin supaya mengelakkannya daripada bergerak. Proses pengepinan bagi setiap serangga adalah berbeza mengikut juenis serangga. Kebanyakkan serangga akan dipinkan mengikut saiz No, 5.
Langkah 5 Akhirnya specimen akan dipinkan k atas satu polystyrene kecil. Satu bingkai telah dibuat untuk meletakkan specimen serangga tersebut dengan kemas. Sebagai langkah akhir specimen yang diletakkan dalm bingkai akan dibalut dengan pembalut plastik untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Langkah 6 Sebagai pelengkap bagi proses pengawetan kering ini, label yang mengandungi nama biasa dan nama saintifik serangga, habitat, tempat ditangkap dan juga tarikh membuat specimen akan dilekatkan dalam bingkai tersebut. Label tersebut haruslah berada pada bahagian kanan bawah bingkai tersebut. Label ini penting untuk sesuatu specimen apabila ia dijadikan sebagai bahan rujukan nanti. Bagi tugasan yang diberikan pada semester ini saya telah mengawetkan
serangga cengkerik untuk tujuan proses pengajaran. Saya telah lampirkan satu video yang merangkumi langkah- langkah membuat proses pengawetan kering serangga cengkering bermula daripada pengumpulan serangga hinggalah ke proses melabel specimen serangga.