FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK SEBAGAI LINGUA FRANCA DAN BAHASA PENTADBIRAN
APA ITU BAHASA MELAYU KLASIK? Bahasa
Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.
Ciri ciri bahasa Melayu klasik Ayat yang panjang, berulang, dan berbelitbelit. Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang Menggunakan bahasa istana Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun. Banyak menggunakan partikel pun dan lah
Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara
yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata
Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama
dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab. Unsur-unsur
falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lainlain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.
Batu Bersurat Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 February 1303) ditulis dalam tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih
memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
Batu Bersurat Terengganu
Batu bersurat di Pagaruyung
Zaman kegemilangan Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemimpin kerajaan kerajaan
Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam daripada Arab dan Parsi. Ini menyebabkan penyerapan unsur unsur Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu. Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu: Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaan Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau
BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN INGGERIS Pada abad ke-19 bermula dengan
karangan Munsyi Abdullah, zaman ini dianggap sebagai permulaan zaman Bahasa Melayu Moden.
Beberapa karya terkenal pada zaman ini ialah hasil
tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya pertama beliau ialah Syair Singapura Terbakar. Abdullah
Munsyi bukan sahaja memperlihatkan keunggulan Bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan memberikan kesedaran tetantang betapa pentingnya nahu Bahasa Melayu.
Bagi
beliau, sekiranya nahu(tatabahasa) Bahasa Melayu ditulis oleh orang asing maka nahu Bahasa Melayu yang ditulis itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan terhadap Bahasa Melayu. Perkembangan Bahasa Melayu yang diperjuangkan oleh Abdullah Munsyi tidaklah menghairankan kerana latar pendidikannya yang berbahasa Inggeris.
Lingua franca
Lingua franca (dari bahasa Itali, bererti bahasa Frank)
atau bahasa perantara merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya, khususnya bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda dua belah pihak. Lingua
franca ditakrifkan berdasarkan fungsi, tanpa mengambil kira sejarah atau struktur bahasa itu Walaupun ada bahasa campuran (pijin dan kreol) yang berperanan sebagai lingua franca, namun kebanyakan lingua franca bukan bahasa campuran. Istilah lingua franca juga memaksudkan bahasa yang dikhususkan dalam bidang tertentu, seperti bahasa Inggeris untuk kajian sains.
Lingua franca bersinonim dengan bahasa
penghubung (vehicular language). Bahasa vernakular merupakan bahasa asli dalam lingkungan sebuah komuniti penuturnya, bahasa vehicular pula menjangkaui batas komuniti asalnya, lalu dijadikan bahasa kedua untuk kegunaan perhubungan antara komuniti. Contoh, bahasa Inggeris adalah bahasa vernakular di England, tetapi di Filipina pula dijadikan bahasa penghubung (iaitu lingua franca).
Bahasa
perantaraan antarabangsa seperti bahasa Esperanto direka dengan tujuan berperanan sebagai linguas franca, tetapi sayangnya penerimaannya tidak memberangsangkan (contohnya, bahasa Esperanto dianggarkan cuma ada 100,000 hingga 2 juta penutur fasih di seluruh dunia).
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA LINGUA FRANCA DI MALAYSIA Latarbelakang Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia
daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat
pengaruh bahasa menggunakan tulisan Palava.
Sankrit
dan
Sejarah membuktikan bahawa bahasa
Melayu Klasik mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah.
FUNGSI BAHASA Bahasa adalah satu konsep umum yang
menjadi dasar di dalam perhubungan. . Bahasa haruslah merupakan bunyi
yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Ia bukannya sebarang bunyi tetapi adalah bunyi yang merupakan simbol atau perlambangan.
Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai
kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran,kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Fungsi utama bahasa adalah sebagai alat komunikasi
(Mokhtar Mansor, 1991: 22). Manusia memerlukan suatu medium untuk melawan bicara dengan orang lain. Dalam komunikasi seharian, salah satu alat yang sering
digunakan adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan di dalam pentadbiran.
Bahasa menjadi alat komunikasi yang
paling efektif di dalam memastikan proses komunikasi berjalan lancar. Melalui komunikasi, kita mempelajari dan
mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orang-orang yang sezaman dengan kita.
Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah
penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani, dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Al-Banjari. Hal ini menunjukkan bahasa Melayu Klasik digunakan oleh para ulama dalam bidang keagamaan dan pentadbiran.
Bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap Bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-
undang, agama dan kemasyarakatan.
TERIMA KASIH DAUN KELADI