Nik Mie, [22.06.16 19:25] Dialog Antarabangsa Langkawi Dialog Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Dialog, (LDI) merupakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika . Lokasi diai diadakan di pulau Langkawi . Asal Dialog Antarabangsa Langkawi dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1995 bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara Afrika yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kemiskinan, dan masalah negara yang pernah dijajah. Dr Mahathir Mohamad tidak mahu negara membangun dikongkong oleh gagasan dan wawasan dari negara barat semata-mata. Kita mestilah keluar dari pemikiran polisi antarabangsa yang tersekat kepada negara Barat semata-mata. Mentaliti negara dijajah dan bekas negara penjajah hendaklah dihapuskan. Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (TM) ditubuhkan melalui Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Perkongsian Pintar diasaskan oleh Malaysia. Selepas LID, wujud pula SAID di Selatan Afrika dan kini CID di Carrebean. Perkongsian pintar ini terbuka dan melibatkan ahli-ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan, pemimpin buruh, pengamal media, ahli akademik, aktivis budaya dan badan-badan bukan kerajaan . Matlamat LID diadakan dengan tujuan : LID menggalakkan berkongsi kepintaran atau perkongsian pintar. Jangan harapkan Barat kerana mereka ada agenda tersembunyi. Jiran yang baik ialah jiran yang membantu. Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama di kalangan negara membangun. Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara-negara Afrika yang nampaknya senada dalam isu-isu global dan menghadapi kuasa-kuasa besar. mempromosikan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa khususnya dari negara Afrika. Sejak Persidangan CHOGM diadakan di pulau Langkawi pada 1998 dan banyak lagi persidangan antara pemimpin dunia diadakan di pulau itu, matlamat menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber pendapatan semakin berjaya. LID 2007 LID 2007 diadakan selama 3 hari mulai 6 Ogos - 8 Ogos 2007 . Lokasi utama ialah di Berjaya Langkawi Beach and Spa Resort . Kira-kira 500 peserta dari 40 buah negara.
Turut hadir ialah 10 ketua negara dan kerajaan dari Afrika. LID 2007 adalah edisi ke8. Turut hadir Dari Malaysia : Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Syed Hamid Albar,Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Ketua kerajaan : Presiden Namibia Hifikepunye Pohambe Menteri Perusahaan dan Perdagangan Zambia Felix Mutati Raja Mswati III dari Swaziland Presiden Zambia Levy Mwanawasa Isu-isu Kemiskinan global Kemiskinan global dapat diatasi hanya melalui pembinaan infrastruktur pendidikan. Setiap remaja tidak kira lelaki mahupun wanita hendaklah mendapat pendidikan minimum 11 tahun sebagaimana di Malaysia. Anak perempuan tidak harus dibezakan atau dibiarkan ketinggalan , menjadi suri rumah sahaja. Pemikiran kreatif dan progresif hendaklah digalakkan . Budaya kerja yang positif selaras dengan globalisasi hendaklah digalakkan . Jangan mudah terpengaruh dengan 'perangkap' ekonomi barat yang akhirnya negara sedang membangun berada dalam keadaan 'tergantung' secara berterusan. Modal insan yang menyanjung intelektual dan pemikiran terbuka hendaklah diperhebatkan. Ledakan ICT dapat memudahkan pemindahan idea dan pendidikan jarak jauh atau tele sidang. Rancangan Tanah Tanah adalah sumber paling penting dalam sesebuah negara bagi menyelesaikan masalah ekonomi. Tanah-tanah subur yang telah dimiliki oleh peladang Eropah hendaklah dimiliknegara secara bijaksana. Rancangan pembangunan tanah hendaklah sampai kepada golongan yang benar-benar miskin dan prosesnya mestilah telus. Sistem perladangan ala Felda telah menarik perhatian negara Colombia, Nigeria dan Sierra Leone .Minyak kelapa sawit Felda kini 2 juta tan matrik setahun dan belum mampu memenuhi permintaan negara luar. Nik Mie, [22.06.16 19:25] Masalah ekonomi Kredit mikro kepada golongan miskin secara terancang dan dipantau dari semasa ke semasa dapat meningkatkan keupayaan dan keyakinan dan tidak lagi rasa rendah diri. Pihak swasta bukanlah musuh. Sebaliknya swasta hendaklah dijemput sebagai penasihat kewangan, rakan kongsi dan rakan untung bersama. Setiap institusi kewangan, agensi kerajaan dan masyarakat awam hendaklah celik kewangan. Jika tidak , akan berlaku ketirisan , penyelewengan dan salah urus tadbir. Kurangkan karenah birokrasi dan cakap tidak serupa bikin. Sebaliknya lebihkan
tindakan daripada janji kerana rakyat semakin bijak menilai kerajaan yang telus dan utuh. Bank Negara Malaysia mencadangkan penubuhan Penasihat Kewangan (FIA) di kalangan negara Afrika bagi mengurangkan kemiskinan di Afrika. ini mengandungi direktori ,maklumat konfrehensif dan pakar ekonomi mikro dan ekonomi makro. Sehingga kini, penyertaan kumpulan berpendapatan rendah dalam perancangan ekonomi hanya 20 % di Afrika dan 30 % di Asia. Pengalaman kredit mikro di Bangladesh, Indonesia dan India hendaklah dimanfaatkan. 22 juta dari 25 juta penduduk Malaysia telah mempunyai akaun simpanan di bank. 16 juta telah memperolehi pinjaman mikro dan makro. Kejayaan Bank Grameen dari Bangladesh hingga di iktiraf oleh PBB hendaklah dicerna dan diterapkan. Penduduk miskin tidak mampu meminjam kerana tidak ada cagaran seperti tanah. Mereka yang miskin akan terus miskin jika dibiarkan berdikari. Selama ini Perbankan konvensional gagal memberi kredit mikro sehingga mereka terdedah kepada orang tengah yang lintah darat. Ketika ini 1.1 bilion rakyat dalam kemiskinan tegar iaitu menerima pendapatan kurang AS$2 sehari. Masa depan LID Sehingga 2007, LID telah diadakan sebanyak 8 kali dan merupakan acara tahunan bagi Perkongsian Komanwel Bagi Pengurusan Teknologi (TM). LID 2007 turut menjemput Laos, Kemboja dan Thailand. Selepas LID, wujud pula Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID). Kemudian Dialog Antarabangsa Perkongsian Pintar Carribean turut mengambil format yang sama. Pada masa depan diharap negara-negara bukan Komanwel British turut disertakan. Bahasa menjadi halangan utama untuk dialog yang berkesan. Kemiskinan di Afrika diganggu-gugat oleh ketidakstabilan politik. Mereka harus belajar mengurangkan konflik dan politiking , demonstrasi dan lain-lain yang hanya melambangkan 'tak stabil'. Peranan Malaysia Pelaburan Malaysia di Negara Selatan-Selatan berjumlah AS$4.8 bilion (RM17.6 bilion) pada tahun lepas berikutan usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak firma tempatan melabur di negara membangun. Malaysia telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan banyak negara Selatan-Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan, perbankan dan kewangan, pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama teknikal dan perdagangan. Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di seberang laut, khususnya di negara Selatan-Selatan. Ini termasuk perbelanjaan permulaan yang dikecualikan cukai. Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan
banyak negara membangun untuk menggalakkan pelaburan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan. Isu Jenayah Antarabangsa Definisi Jenayah yang memberi kesan kepada keamanan atau keselamatan lebih daripada satu negeri atau yang begitu tercela dalam alam semulajadi sebagai untuk mewajarkan campur tangan agensi antarabangsa dalam penyiasatan dan pendakwaan itu. Ciri a) Jenayah terhadap keamanan (crimes against peace) b)Jenayah pencerobohan (crimes of aggression) c)Jenayah peperangan (war crimes) d)Jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity) e) Genosid Sebab/faktor a) Tuntutan politik melalui keganasan b) Sikap tamak manusia c) Secara paksaan (contohnya, keldai dadah) d) Ketiadaan pegangan agama Kesan a) Imej dan reputasi negara yang terlibat akan dijejaskan. b) Keselamatan dan keharmonian rakyat tidak terjamin. d) Kedaulatan negara dicabarkan oleh tindakan penganas. d) Sektor pelancongan terjejas. e) Sektor ekonomi dijejaskan. f) Proses pembangunan negara dijejaskan. Cabaran a) Kebesaran dan kerumitan model organisasi haram tersebut. b) Kekurangan informasi tentang organisasi haram tersebut. c) Kebolehan penjenayah untuk menggunakan teknologi canggih untuk mengelakkan perhatian pihak berkuasa. d) Penjenayah yang terdiri daripada individu yang berpendidikan tinggi. Langkah a) Mengadakan perjanjian antara agensi penguatkuasa negara lain dan antarabangsa b) Saling bertukar maklumat, pengalaman dan kepakaran dengan agensi negara lain.
c) Menguatkuasakan undang-undang lebih ketat seperti Akta Anti Penyeludupan Manusia. Isu Senjata Pemusnah Definisi Sejenis senjata yang boleh membunuh manusia dalam jumlah yang ramai atau menyebabkan kerosakkan teruk kepada struktur buatan manusia. Ciri -Agen biologi ini digunakan untuk membunuh manusia dalam tempoh yang singkat. -Jenis-jenis Senjata Pemusnah: Senjata Kimia -senjata yang memanfaatkan sifat-sifat racun pada senjata Kimia untuk melukai, melumpuhkan maupun membunuh musuh. Senjata Biologi - senjata yang menggunakan Patogen sebagai alat untuk melukai, melumpuhkan dan membunuh. Senjata Nuklear - senjata yang mendapat tenaga dari reaksi nuklear, yakni sebuah proses di mana ada dua nuklear maupun partikel nuklear yang saling bertubrukan guna memproduksi hasil yang berbeza dari produk awal. Sebab?faktor -Dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai sebuah negara yang memiliki senjata pemusnah -Melindungi negara dari serangan musuh Kesan -Selalu disalahgunakan -Senjata ini menggunakan mikroorganisme penyebar penyakit kada manusia yang sukar dikenal pasti. - Punca wabak penyakit kepada khinzir dan manusia (Serangan Virus Nipah) -Membawa ancaman keselamatan antarabangsa. -Berlakunya perlumbaan dan permusuhan antara Ncgara. - Membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Cabaran - Tidak dapat mengenal pasti pembunuh yang membawa senjata biologi ini kerana mereka tidak membawa apa-apa objek. -Malaysia memerlukan kepakaran perisikan untuk mengesan seseorang yang
membawa agen biologi untuk serangan anthrax/ racun saxiotoksin. -Tidak ada undang-undang atau peraturan di Malaysia untuk mengawal dan memantau penyelidikan dan aktiviti berkaitan agen biologi dan toksin berbahaya bagi tujuan keganasan dan peperangan. Langkah -Pendedahan kepada kemahiran yang tinggi dari luar Negara. -Mempelajari teori dan praktikal dari luar Negara. -Mempunyai inisiatif untuk membangunkan Negara. -Peranan kerajaan dalam mengadakan dasar-dasar untuk memajukan Negara. -Menyeru Negara kuasa besar untuk mengadakan persidangan untuk mengurangkan senjata pemusnah. -Menyuarakan masalah dan bahaya senjata pemusnah di rantau Asia Unit Pencegah Penyeludupan kini dikenali Agensi Keselamatan Sempadan SAIFULIZAM MOHAMAD | 02 November 2015 4:12 PM 40 1 Google +0 PUTRAJAYA 2 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Keselamatan Sempadan (AKS) secara pentadbiran dalam usaha meningkatkan lagi keberkesanan tahap keselamatan di kawasan sempadan, berkuat kuasa serta-merta. Beliau berkata, penubuhan agensi itu merupakan penjenamaan semula serta proses naik taraf Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang selama ini bertanggungjawab mengawal kawasan sempadan negara. - UTUSAN ONLIN - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/unit-pencegahpenyeludupan-kini-dikenali-agensi-keselamatan-sempadan1.153504#sthash.vGCSQmAI.Hn82SSU5.dpuf CHECK LIST PA U3 BAHAGIAN C 1. Wilayah maritim Malaysia yang berkongsi dengan negara-negara jiran telah mengalami pelbagai ancaman dan langkah-langkah perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Bincangkan 2. Masalah alam sekitar merupakan isu universal atau global yang perlu ditangani oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia telah memainkan peranan yang aktif diperingkat antarabangsa melindungi alam sekitar. Jelaskan 3. Dunia kini telah mengalami pelbagai bencana alam yang telah menyebabkan pelbagai kemusnahan kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan 4. Malaysia sebuah negara yang kecil namum banyak menyumbang kepada kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan dunia. Bincang 5. Kedudukan geografi yang strategik dengan negara-negara jiran menyebabkan
berlaku perselisihan faham antara mereka. Huraikan 6. Peningkatan suhu dunia merupakan isu global yang sering mendapat perhatian dalam majlis antarabangsa. Fenomena pemanasan global ini telah menimbulkan pelbagai implikasi kepada kehidupan manusia dan alam sekitar. Bincangkan 7. Buruh kanak-kanak dan langkah mengatasinya 8. Pulau Pinang semakin popular selepas UNESCO mengiktiraf Geogetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Jelaskan kepentingan pengikhtirafan ini dahn langkah-langkah untuk mempopularkan tapak wariasan dunia yang terdapat di Malaysia 9. Kenaikan harga barang bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia dan negara-negara jirannya malah fenomena global. Banyak situasi yang mempengaruhi fenomena ini. Bincangkan. 10. Ancaman senjata pemusnah besar-besaran seperti senjata kimia, biologi, radioaktif dan nuclear (CBRN) oleh pehak-pehak tertentu seperti kumpulan pengganas telah membawa pelbagai implikasi ke atasi negara yang menjadi sasaran. Bincangkan 11. Malaysia berkongsi kawasan marin yang luas dengan negara-negara jiran namun masa hadapan di kawasan tersebut semakin terancam dabn menimbulkan pelbagai kesan kepada rakyat Malaysia dan negara serantau, Bincangkan 12. Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) yang telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013 banyak mendatangkan kesan positif kepada negara dan masyarakat. Bincangkan 13. Negara Malaysia seringkali berjaya mendapat sokongan dan undian untuk mengetuai atau menganggotai sesuatu organisasi antarabangsa. Berasaskan contoh yang jelas prihalkan perlantikan keanggotaan tersebut. 14. Serangan dan pencerobohan ke atas Iraq dan Afganistan merupakan contoh tindakan unipolar Amerika Syarikat. Malaysia menentang keras pendekatan ketenteraan ini kerana berpendapat bahawa bahawa terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk memerangi keganasan antarabangsa. Bincangkan 15. Kebelakangan ini pelaburan asing (FDI) semakin meningkat di Malaysia terutamanya dari China dan Singapura. Perkembangan ini mendatangkan kesan positif kepada negara. Bincangkan 16. ZOPFAN member manfaat kepada negara-negara anggota ASEAN. Namun begitu ZOPFAN menghadapi pelbagai cabaran. Bincangkan 17. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar luar yang aktif. Penentuan dasar luar ini ini tidak hanya bergantung kepada persekitaran geografi yang strategi semata-mata. Bincangkan 18. Kewujudan Zon Ekonomi Ekslisif (ZEE) tidak dinafikan telah banyak membawa manfaat kepada negara yang mempunyai sempadan laut. Namun timbul juga masalah dalam menguatkuasakannya. Bincangkan 19. Keamanan dunia merupakan hasrat masyarakt dunia. Sumbangan Malaysia kepada keharmonian dunia tidak dapat dipertikaikan lagi. Jelaskan 20. Jelaskan manfaat Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negaranegara luar. 21. Penglibatan aktif Malaysia dalam ASEAN telah membolehkan Malaysia
mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang. Huraikan bentuk-bentuk kerjasama tersebut. 22. Banyak faktor yang mewujudkan masalah penyeludupan dan masalah ini telah mendatangkan kesan ke atas Malaysia dan negara jirannya 23. Kemelesetan ekonomi dunia turut dirasai oleh ekonomi Malaysia. Oleh itu kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing. Bincangkan 24. Perang dunia kedua telah berakhir namun keamanan masih jauh. Sememangnya peperiksaan tidak akan membantu mengatasi masalah sebaliknya membawa kepada penderitaan hidup. Bincangkan 25. Selain pengisytiharan Deklarasi Langkawi 1989, banyak komitmen Malaysia kepada masyarakat global dalam usaha melindungi alam sekitar. Bincangkan 26. Banyak kesan yang diperolehi negara apabila menjadi penganjur kejohanan sukan antarabangsa. Jelaskan pernyataan di atas. 27. Kemelesetan ekonomi Negara kuasa ekonomi dunia atau serantau turut memberi kesan ke atas perkembangan ekonomi sesebuah Negara. Bincangkan 28. Malaysia berpegang kuat kepada usaha memakmurkan jiran atau mewujudkan situasi menang menang dalam hubungan dengan Negara jiran. Jelaskan kesan positif daripada hubungan berkenaan. 29. Perairan Selat Melaka dikongsi Malaysia dengan Negara jiran. Wujud pelbagai ancaman ke atas selat ini. Jelaskan 30. Liberalisasi dalam bidang perdagangan antarabangsa telah mencetuskan pelbagai impak kepada sesebuah negara membangun. Bincangkan SOALAN STPM SEBENAR 2013 18. Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di peringkat serantau dan antarabangsa adalah penting kepada pembangunan dan kesejahteraan negara bincangkan (Politik dan keselamatan) 19. Masalah yang dihadapi oleh sebuah negara berjiran ialah pergerakan rakyat melintasi sempadan tanpa kebenaran yang sah yang seterusnya menimbulkan pelbagai kesan buruk kepada negara penerima. Bincangkan (Sosial dan budaya) 20. Selain konflik yang berlaku di negara jiran dan serantau, terdapat juga ancaman lain yan boleh menggugat keselamatan Malaysia. Bincangkan (Politik dan keselamatan) 2013 Ulang 18. Pertubuhan Negara-negara ASEAN ditubuhkan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara Anggota dalam pelbagai aspek serta menwujudkan keamanan dan kestabilan politik dirantau ini. Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh ASEAN dalam usaha untuk mencapai hasrat tersebut. (Politik dan keselamatan) 19. Malaysia sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keperluan
menentang ancaman kegiatan lanun dan antarabangsa. Huraikan (Politik dan keselamatan) 20. Dalam menarik pelaburan asing, Malaysia tidak boleh mengenepikan keburukan yang datang bersamanya. Huraikan (Ekonomi) 2014 18. Malaysia sering terlibat dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam diluar negara, Namun begitu, pelbagai masalah dihadapi oleh Malaysia untuk menjayakan misi tersebut. Jelaskan (Sosial dan budayal) 19. Kes wanita Malaysia yang dijadikan keldai dadah oleh sendikit dadah antarabangsa terus meningkat. Pemasalaahan ini jika tidak ditanggani dengan segera boleh menimbulkan pelbagai risiko. Bicangkan (Sosial dan budaya) 20.Penemuan dan penjanaan tenaga nuklear banyak memberikan faedah kepada manusia. Namun begitu, pada masa yang sama tenaga ini juga banyak mendatangkan risiko kepada kehidupan sejagat. Biincangkan (Sains dan Teknologi)