Setiausaha, PISMP Sains 2, Semester 3 Ambilan Januari 2009, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan, 22200, Besut, Terengganu.
Pegawai Kemas Daerah Besut, 22200, Besut, Terengganu
29 MAC 2010
Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KEPADA KOMUNITI PENDIDIKAN DI DUN KOTA PUTRA Merujuk perkara di atas, saya setiausaha unit 3PISMP Sains 2 ambilan Jan/2009 mewakili unit ini untuk memohon kebenaran dari pihak tuan bagi menjalankan Program Khidmat Masyarakat kepada Komuniti Pendidikan di Dun Kota Putra. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi takwin Program Bina Insan Guru siri ke-3 pada kali ini. 2. Kami telah memilih tadika di Dun Kota Putra untuk menjalankan Program Khidmat Masyarakat ini kerana sebagai seorang bakal guru kami ingin merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat. Secara tidak langsung, kami dapat menimba pengalaman baru serta dapat memahami dengan lebih jelas dan mendalam suasana persekitaran dan pembelajaran di tadika ini.
3. Berikut merupakan butir-butir mengenai Program Khidmat Masyarakat: Tarikh
: 03 APRIL 2010 (SABTU)
Masa
: 9.00 pagi – 5.30 petang
Bilangan Guru Pelatih
: 19 orang
Pensyarah Pembimbing : 01 orang 4. Sehubungan dengan itu, kami juga ingin meminta kebenaran dari pihak tuan untuk melibatkan murid-murid tadika bagi menjayakan program ini. Diharap pihak tuan dapat menyediakan anggaran bilangan pelajar dan guru yang dapat menghadirkan diri untuk sama-sama menjayakan program ini. 5. Bersama surat pemohonan ini, saya sertakan kertas kerja Program Khidmat Masyarakat yang akan dijalankan sebagai rujukan pihak tuan. 6. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
……………………………. (SHAFIQAH BINTI FAUZI) Setiausaha, PISMP Sains 2, Semester 3, Ambilan Januari 2009, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan, 22200, Besut, Terengganu.