APA ITU ERGONOMIK..? Ergonomik yang berasal dari perkataan Greek 'ergo' dan 'nomos' yang membawa makna peraturan bekerja (the blaw of work) . Mengikut definasi Ergonomics Society UK(1984), Ergonomik membawa makna dan bertujuan untuk memastikan sesuatu peralatan, kemudahan, proses dan sistem yang digunakan oleh manusia didalam melakukan sesuatu aktiviti atau / dan beriteraksi sesuai dan serasi dengan mereka. Ini bertujuan bagi memastikan setiap kerja (task) boleh dilakukan dengan selesa, selamat, dan berkesan. Kebanyakan orang memahami dan mengaitkan ergonomi. Hakikatnya, ergonomik memastikan kemampuan pengunaan dan kualiti kerja terhadap sesuatu kerja (task) dan peralatan yang terlibat didalam "task' itu boleh dioptimakan 'output'nya. Aspek fisiologi, psikologi, biomekanik, antropometrik dan elemen asas dalam kejuruteraan merupakan skop pengajian ergonomik.
Apa itu Nilai Estetik Posted by MYZIZI Estetika
Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek kegunaannya. Estetik ialah rasa keindahan, keseronokan , kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran. Sebenarnya terdapat banyak lagi pendapat yang membahaskan makna estetika diantaranya ialah estetika adalah segala sesuatu dan kajian terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan seni (Kattsoff, Element of Philosophy, 1953), estetika merupakan suatu telaah yang berkaitan dengan penciptaan, apreasiasi, dan kritikan terhadap karya seni dalam konteks keterkaitan seni dengan kegiatan manusia dan peranan seni dalam perubahan dunia (Van Mater Ames, Colliers Encyclopedia, Vol. 1), ketiga, estetika adalah suatu ilmu yang mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan keindahan, mempelajari semua aspek yang disebut keindahan (A. Djelantik, Estetika Suatu Pengantar, 1999). Dan yang terakhir estetika dikatakan mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan falsafah seni mempersoalkan hanya karya seni atau benda seni atau artifak yang disebut seni (Jakob Sumarjo, Filsafat Seni, 2000). (http://www.slideshare.net/312174/ makalah-estetika).
Kesimpulan: Dalam rekabentuk produk, estetik ialah kebolehan sesuatu reka ciptaan/produk untuk menarik perhatian pengguna melalui pemilihan warna, bentuk, kehalusan kerja (kualiti) serta konsep atau penerapan budaya di dalam reka bentuk tersebut, tanpa mengambil kira fungsi produk secara praktikal.