AMALAN 3R / AMALAN MESRA ALAM YANG DILAKSANAKAN Kita akan dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia dengan hanya mengamalkan amalan 3R iaitu Reduce, Reuse and Recycle (pengurang, guna semula dan kitar semula). Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. Menjelang tahun 2020, sasaran kutipan sampah dan sisa pepejal di seluruh negara ditetapkan 33,000 tan sehari. Dengan jumlah kutipan pada tahun lepas sudahpun mencapai 30,000 tan sehari sedangkan sasarannya 20,000 tan sehari, tidak mustahil jumlah lambakan sampah oleh rakyat Malaysia untuk tahun 2020 akan melebihi jumlah sasaran itu. Menurut Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) Mohd. Zain Hassan dalam Utusan Melayu pada 19 Mei 2014, tugas dan tanggungjawab mengurangkan jumlah sampah itu tidak hanya tergalas di bahu agensi dan syarikat yang terbabit menguruskan sampah dan bahan buangan sahaja, tetapi akan lebih berjaya apabila dimulakan dari rumah dan juga sekolah. Oleh itu, SK Perbandaran Sibu No.4 telah mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan program 3R ataupun amalan mesra alam dalam usaha untuk mencapai hasrat negara untuk menjadi negara bersih menjelang tahun 2020. Antaranya adalah ; i)
Menggunakan kedua-dua belah muka surat kertas. Penggunaan kertas secara minimum di pejabat adalah mesra alam dan dapat menjimatkan tenaga. Kertas yang telah difotokopi digunakan semula bagi tujuan mencatat nota, membuat kirakira, malahan digunakan untuk menulis memo, notis. Guna semula kertas cetakan komputer sebagai kertas memo atau kertas mengambil pesanan telefon.
Masukkan gambar : -
Cik Arni memfotokopi kertas & Murid membuat kira-kira menggunakan kertas yang terpakai
ii)
Pihak sekolah juga mengamalkan penggunaan e-mel, ‘instant messaging’ seperti ‘whatsapp’ dan ‘telegram’ untuk berhubung secara formal berbanding penggunaan faksimili mahupun notis dan memo bertulis.
iii)
Mengumpul, menjual dan mengguna bahan kitar semula. Pihak sekolah telah menyediakan tong kitar semula. Setiap murid dan juga guru digalakkan untuk mengumpul bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong sampah kitar semula tersebut.
iv)
Membawa botol atau bekas makanan sendiri. Murid di SK Perbandaran Sibu No.4 sangat digalakkan untuk menggunakan botol minuman sendiri dan mengelakkan penggunaan cawan yang diperbuat daripada ‘Styrofoam’ atau polisterin yang tidak boleh lupus. Malahan dengan membawa bekalan makanan sendiri ke sekolah, ianya lebih menyihatkan, menjimatkan wang dan kebersihannya juga adalah terjamin.
v)
Menutup suis peralatan elektrik atau paip air apabila tidak digunakan. Murid dan guru sentiasa diingatkan untuk sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan harian tenaga elektrik dan juga air. Contohnya, amalan menutup paip air dengan sempurna. Paip yang dibiarkan terbuka boleh mengakibatkan pembaziran sehingga 9 liter air seminit. Amalan penggunaan cahaya semula jadi dan biarkan tingkap terbuka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan juga merupakan satu contoh amalan mesra alam yang diamalkan. Ini kerana cahaya semula jadi boleh menggantikan tenaga elektrik seperti lampu.
vi)
Membaiki kerusi meja yang rosak untuk kegunaan semula. Kerusi dan meja sekolah yang rosak tidak akan terus dibuang. Sebaliknya pihak sekolah akan mengarahkan pekerja untuk membaikinya supaya dapat digunakan semula.
vii)
Pihak sekolah juga turut melaksanakan aktiviti keceriaan sekolah seperti menanam pokok bagi mencantikkan persekitaran sekolah. Pokok membantu menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke atmosfera. Di sekolah, pokok-pokok hiasan ditanam menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol-
botol plastik dan juga tayar lama. Malahan, sekolah juga dihiasi dengan hasil reka cipta daripada bahan terbuang.
Konsep amalan mesra alam sebenarnya telah melalui satu tempoh yang cukup lama sejak 3R dilancarkan pada 1996. Kemudian pada tahun 2000 sekali lagi kempen amalan mesra alam seperti 3R dilancarkan oleh kerajaan. Tetapi hingga ke hari ini sambutannya masih tidak menyeluruh. Ekoran banyaknya kempen mengenai amalan mesra alam dijalankan secara berterusan, rakyat Malaysia sebenarnya telah ada pengetahuan tentang 3R atau amalan mesra alam iaitu kurangkan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Cuma sikap tidak peduli atau mengharap kepada pihak lain untuk melakukannya menyebabkan sampah akan terus bertambah. Ia akan terus bertambah selagi rakyat Malaysia tidak berubah sikap. Oleh kerana itulah pihak sekolah berusaha untuk melaksanakan program-program kesedaran kepada murid-murid dan guru mengenai memerangi sisa atau sampah haram melalui program Kitar Semula dan amalan mesra alam sebegini. Program sebegini sememangnya patut
dimulakan di sekolah kerana kesedaran dan pengetahuan di peringkat awal akan membawa kesan positif untuk masa hadapan.